[ Talian Helpdesk ] [ Emel Aduan ]  
 
Login
ID Pengguna
Kata Laluan
 

Download
Klik untuk download Manual Pengguna Klik untuk download Nota Ceramah Klik untuk download borang
Klik untuk download Java 6 RE Klik untuk download Adobe Reader
INFO PENTING TATACARA PERAKAUNAN KUMPULAN WANG SEKOLAH

PEMBERITAHUAN

Penambahan Perihal  
Berdasarkan surat edaran daripada Bah Pendidikan Khas berkaitan Pemberian Agihan Peruntukan bagi Sekolah Pendidikan Khas (SPK) , Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) dan Program Pendidikan Khas inklusif (PPI) satu subsidiari telah diwujudkan di bawah Pendidikan Khas Integrasi - Lain-Lain Bantuan Penyelenggaraan/Pembangunan (One-Off PRU 13). Sekiranya telah diakaunkan ke subsidiari yang lain dan masih berbaki, tuan/puan diminta membuat pelarasan lajur baki tersebut menggunakan Modul Pelarasan - Pelarasan Lajur

UNTUK MAKLUMAN

BANK SOALAN 2/2014 
Bersama-sama ini disertakan bank soalan Bil 2/2014 untuk rujukan bersama :- BANK SOALAN BIL 2/2014

ADUAN PENGGUNA

Penghantaran Aduan 
Semua aduan/masalah WAJIB dihantar melalui email rasmi espkws@moe.gov.my Hanya aduan/masalah yang dihantar melalui email sahaja yang akan diambil tindakan. Contoh pengisian aduan pengguna adalah seperti berikut : Aduan Pengguna

PERATURAN - PERATURAN PENDIDIKAN (AKAUN DAN AUDIT) 2002

PERKARA 13 - PEMATUHAN TATACARA PENGURUSAN KEWANGAN DAN PERAKAUNAN 
Seseorang yang melanggar Peraturan - Peraturan ini melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi lima ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga bulan atau kedua - duanya.

MAKLUMAT PENTING

PENAMBAHBAIKAN BIL 3/2014 
Penambahbaikan Modul Daftar Bil - Pengesahan Laporan Daftar Bil dan Penambahbaikan Pelarasan Lajur. Rujuk lampiran tersebut : Penambahbaikan Sistem Bil 3/2014.

MENGEMASKINI MAKLUMAT SEKOLAH

Kemaskini alamat email dan nombor faks 
Untuk makluman, penyedia diminta untuk mengemaskini nombor faks dan alamat email di Submodul Maklumat Sekolah.

MAKLUMAN PENTING

PENAMBAHBAIKAN BIL 2/2014 
Untuk makluman, terdapat beberapa penambahbaikan kepada fungsi sedia ada sistem bagi melancarkan dan memudahkan pengguna system. Rujuk lampiran tersebut : Penambahbaikan Sistem Bil 2/2014.

UNTUK MAKLUMAN

BANK SOALAN 1/2014 
Bersama-sama ini disertakan bank soalan 1/2014 untuk rujukan bersama :- BANK SOALAN 1/2014

PERINGATAN

PENDAFTARAN NOMBOR RESIT 
Sekolah dimaklumkan untuk mendaftar no resit pejabat elektronik seperti berikut :

1. Kumpulan Wang Kerajaan - KK000001
2. Kumpulan Wang SUWA - KS000001
3. Kumpulan Wang Asrama - KA000001

Sebagai kawalan, sekolah dinasihatkan untuk mendaftarkan sehingga 50 helai resit bagi setiap kumpulan wang. (cth : Buku 1/2012 = KK000001 hingga KK000050, Buku 2/2012 = KK000051 hingga KK000100)

PENAMBAHAN PERIHAL MENGIKUT KUMPULAN WANG

Borang Penambahan Perihal 
Adalah dimaklumkan bahawa pihak sekolah dikehendaki untuk mengisi Borang Penambahan Perihal sekiranya terdapat perihal yang tiada di sistem eSPKWS dan emailkan ke espkws@moe.gov.my atau faks ke 03-8872 1427.
Borang boleh dimuat turun melalui link berikut: Borang Penambahan Perihal


PEMBERITAHUAN

Submodul Panjar Wang Runcit
Submodul Rekupmen PWR telah berfungsi seperti sedia kala.

PEMBERITAHUAN

Submodul Panjar Wang Runcit
Pihak admin menerima aduan berkaitan rekupmen PWR yang tidak boleh dibuat walaupun baki subsidiari mencukupi. Pihak kami sedang mengambil tindakan terhadap aduan tersebut. Sekiranya memerlukan pembayaran segera, pihak sekolah diminta membuat baucar manual terlebih dahulu dan kuncimasuk semula selepas sistem berjaya dikemaskini. Maklumat lanjut akan diberitahu dari masa ke semasa. Maaf atas segala kesulitan.

MAKLUMAN PENTING

CAPAIAN SISTEM ESPKWS
http://apps3.moe.gov.my/ telah dipointkan ke server baru. eSPKWS boleh dicapai melalui link asal

Modul Live Sistem eSPKWS :
http://apps3.moe.gov.my/spkwslive/login.php

Modul Latihan Sistem eSPKWS :
http://apps3.moe.gov.my/spkws/login.php

SURAT PEKELILING IKHTISAS BIL 2/2013

PELAKSANAAN KSSR TAHAP II SECARA BERPERINGKAT - PERINGKAT MULAI TAHUN 2014
Selaras dengan pelaksanaan Kurikulum Standard Sekolah Rendah Mulai tahun 2014, ADMIN telah membuat penambahan bagi Matapelajaran Sejarah , Reka Bentuk & Teknologi dan Teknologi Maklumat dan Komunikasi.
Rujuk lampiran tersebut : SPI 22013

MAKLUMAN

Pelaksanaan tahun 2014
Bagi sekolah yang belum dapat melaksanakan sistem kerana tiada capaian ataupun masih menunggu giliran untuk reset, tuan/puan diminta untuk meneruskan transaksi secara manual dan kuncimasuk semula ke dalam sistem selepas mendapat makluman daripada Bahagian Akaun.

PERINGATAN

PENUTUPAN NOMBOR BAUCAR 2013
Sekiranya tuan/puan telah memulakan sistem tahun 2013, bagi memulakan bayaran tahun 2014 tuan / puan perlu mendaftarkan semula nombor baucar bermula dengan nombor 0001/14. Rujuk nota ceramah bagi tindakan menutup nombor baucar 2013 dan mendaftarkan semula baucar 2014.

MAKLUMAN PENTING

Penambahbaikan sistem bil 1/2014
Untuk makluman, terdapat beberapa penambahbaikan kepada fungsi sedia ada system bagi melancarkan dan memudahkan pengguna system. Rujuk lampiran tersebut : Penambahbaikan Sistem Bil 1/2014.

PERINGATAN PENTING

SEMAK BAKI SUBSIDIARI
Sebagai persediaan tahun 2014, tuan/puan yang sedang menguncimasuk semula maklumat tahun 2013 diminta untuk menyemak baki pada setiap subsidiari dalam sistem supaya baki adalah sama seperti baki akaun subsidiari manual.

MODUL PANJAR WANG RUNCIT

PENYEDIAAN SIJIL PERAKUAN PANJAR WANG RUNCIT
Untuk makluman, terdapat penambahbaikan dalam Modul Panjar Wang Runcit. Pengguna sistem perlu menyediakan Sijil Perakuan Panjar pada setiap akhir tahun. Kaedah Penyediaan Sijil Perakuan Panjar Wang Runcit.

MODUL PERMULAAN

SUBMODUL KUMPULAN WANG TERKUMPUL
Untuk makluman, terdapat penambahbaikan terhadap Modul Permulaan - Submodul Kumpulan Wang Terkumpul. maklumat ini diperlukan untuk penyediaan Nota Kepada Akaun bagi satu-satu kumpulan wang. Langkah Mengemaskini Maklumat Kumpulan Wang Terkumpul.

PENAMBAHBAIKAN SISTEM

Perubahan kepada Modul Terimaan - Senarai Kemaskini - Akaun Terimaan Tidak Dikenalpasti.
Untuk makluman terdapat penambahbaikan dalan Kemaskini Senarai Terimaan. Rujuk lampiran berikut : Perubahan kepada Modul Terimaan - Senarai Kemaskini - Akaun Terimaan Tidak Dikenalpasti

MAKLUMAN

PERUBAHAN KEPADA MODUL PANJAR WANG RUNCIT
Untuk makluman, terdapat penambahbaikan di Modul PWR bagi capaian Pelulus. Pembatalan penutupan Buku Tunai PWR boleh dilakukan oleh Pelulus. Rujuk : Langkah Membatalkan Penutupan Buku Tunai PWR

MAKLUMAN

TATACARA PENGURUSAN PERAKAUNAN KUMPULAN WANG SEKOLAH
Untuk makluman, Tatacara Pengurusan Perakaunan Kumpulan Wang Sekolah boleh dimuat turun melalui URL : http://www.moe.gov.my/ba di pautan Perkhidmatan - Akaun Sekolah

SURAT PEKELILING KEWANGAN BILANGAN 8 TAHUN 2012

Garis Panduan Pengurusan Kewangan Peruntukan Bantuan Persekolahan ke Sekolah Berdasarkan Per Kapita
Surat Pekeliling boleh dimuat turun melalui link berikut:
SPK 8 2012



Kemaskini Terakhir : 16/12/2014

Notis Hak Cipta Terpelihara 2012 Bahagian Pengurusan Maklumat dan Bahagian Akaun, Kementerian Pendidikan Malaysia.

Penafian
Pengguna aplikasi web bertanggungjawab ke atas ketepatan dan kesahihan maklumat yang diberikan serta dalam merahsiakan identiti pengguna.
Kerajaan Malaysia dan Kementerian Pendidikan Malaysia tidak akan bertanggungjawab bagi apa - apa kehilangan dan kerugian yang disebabkan oleh
kecuaian pengguna sendiri.